Bagaimanakah kurikulum kebangsaan berperanan sebagai wahana untuk mencapai hasrat pendidikan dan matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK)? (OM PERASATH A/L ANGANTHI) - D20201095069
NAMA : OM PERASATH A/L ANGANATHI
NO.MATRIK : D20201095069
IPTA : UNIVERSITY PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BIDANG : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA TAMIL DENGAN KEPUJIAN
NAMA AYAH : ANGANATHI A/L LETCHUNANAN
NAMA IBU : VALLIMALAR A/P PALANIANDY
'Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani, rohani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysian yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan Negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Aspek pertama yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting untuk merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai hasratnya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Ini bertepatan dengan elemen FPK iaitu, membentuk rakyat Malaysia yang berketerampilan.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri muridd ke arah kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya dapat menggapai hasrat FPK.
Penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan seperti pertandingan bercerita boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua, iaitu bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.
Aspek ko-kurikulum juga memainkan peranan penting untuk merealisasikan hasrat FPK. Sekolah perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara bukan formal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak bukan formal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang.
Seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting untuk merealisasikan hasrat FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani0. Dengan pengenalan KBSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru perlu menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya dicungkil terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru menggerakkan muridnya dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainy
Kesimpulannya, berdasarkan semua huraian di atas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dilahirkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan berkualiti
Ulasan
Catat Ulasan