Kurikulum standard kebangsaan ke arah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan
Name-Yoges perumal
Matrik number-D20201095070
Institute of education -university pendidikan sultan idris
Education qualification-ijazah sarjana muda pendidikan bahasa tamil dengan kepujian
Father name-perumal rajamanickam
Mother name -Thanaletchumi sumathu
Date of birth -24.04.2000
Kurikulum sebagai wahana menterjemah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
D) Kurikulum standard Kebangsaan ke arah menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Menurut tokoh Kelly, A.V (2009), kurikulum ialah “the range of courses from which students choose what subject matters to study, and a specific learning program. In the latter case,the curriculum collectivity describes the teaching, learning and assessment materials available for a given course of study”. Manakala menurut akta pendidikan 1996 kurikulum merupakan suatu aktiviti yang wajib dilaksanakan dalam semua sekolah kerajaan dalam bentuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Justeru, kurikulum mengandungi beberapa perkara seperti sukatan pembelajaran, mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum seperti sukan, aktiviti kelab dan persatuan. Aktiviti kurikulum ini telah dilaksanakan bagi pelajar-pelajar sekolah. Walaupun kurikulum ini khas bagi pelajar-pelajar , kalangan lain juga mempunyai tanggungjawab dalam menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan seperti masyarakat dan Negara. Terdapat beberapa maklumat dan maksud bagi kurikulum ini dari pelbaga sudut.Oleh itu, secara umumnya, kurikulum merupakan rancangan pendidikan yang wajib dilaksanakan di semua sekolah kerajaan sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah yang mengandungi beberapa perkara seperti segala nilai,ilmu pengetahuan ,kemahiran dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya dalam sesuatu masyarakat atau Negara.Setiap sekolah mempunyai beberapa cara dan teknik untuk melaksanakan aktiviti kurikulum ini seperti mana mereka boleh mencapai hala tuju sekolah masing-masing. kurikulum memainkan peranan penting dalam membentuk kalangan pelajar yang bercemerlang dari segi akademik. Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat yang menjadikan kurikulum yang dilaksanakan berupa kurikulum kebangsaan. Oleh itu,kurikulum kebangsaan telah mempunyai beberapa peranan dalam mencapai hasrat dan hala tuju yang ditetapkan sebagaimana dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Antara peranan kurikulum ialah penyebaran ilmu pengetahuan, penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni, pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu ,melahirkan tenaga kerja berilmu ,mahir dan kreatif serta perkembangan individu secara menyeluruh dari segi intelek,emosi,rohani dan jasmani. Bagi melaksanakan aktiviti ini perlunya dikawal oleh sebuah kumpulan rasmi supaya pengurusan dan pentadbiran dilakukan dengan betul. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bertanggungjawab mengurus dan mentadbir segala aktiviti pendidikan dan kurikulum ini dengan sokongan Menteri Pendidikan Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang dilaksanakan dalam kurikulum kebangsaan ini iaitu keadilan,keseragaman,perancangan, pengurusan pemantauan dan peruntukan.
Keadilan
Keadilan merupakan kesamarataan bagi semua golongan tanpa diskriminasi. Sebagai contoh, Malaysia merupakan Negara yang mempunyai pelbagai kaum. Selain itu, Malaysia juga terdiri daripada tempat yang maju dan tempat yang kurang maju. Walaupun Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa serta mempunyai kekayaan dan kemiskinan tetap semua rakyat menerima pendidikan yang sama tanpa pengabaian. Perbezaan seperti ini membentuk jurang yang luas jika dibiarkan setiap negeri yang mentadbir dan mengurus pendidikan dan kurikulumnya sendiri. Kurikulum kebangsaan dapa memberikan keadilan kepada semua.
Keseragaman.
Keseragaman merupakan pemberian atau perkhidmatan yang sama rata bagi semua. Hal ini menekankan kepada pendidikan yang bertahap kualiti kepada semua orang. Oleh itu, keseragaman dari segi kurikulum standard iaitu kurikulum kebangsaan ialah pendidikan yang sama dengan kandungan mata pelajaran, pentaksiran,buku teks,bahan dan kaedah pengajaran dan kuantiti serta kualiti guru. Semua pelajar berhak untuk mendapat pendidikan yang seragam tanpa didiskriminasi oleh pihak ketiga. Walaupun sistem persekolahan yang berbeza, tetapi pendapatan ilmu tetap sama bagi semua pelajar. Oleh itu, kurikulum standard memberi keseragaman kepada semua golongan.
Perancangan
Perancangan ialah sesuatu idea atau keadah yang ditetapkan untuk melaksanakan sesuatu perkara itu berjalan lancar. Oleh itu, dalam aspek kurikulum standard, perancangan ialah, keadah yang dilaksanakan dalam pendidikan bagi menjayakan sesuatu perkara. Oleh itu, pembangunan dan perkembangan pendidikan memerlukan perancangan yang sistematik. Selain itu, untuk melaksanakan perancangan dengan betul , beberapa proses perlu diambil kira seperti penyemakan,penggubalan,reka bentuk,penyebaran,pelaksanaan dan penilaian. Justeru, perancangan juga memerlukan kepakaran sumber tenaga dan kos. Oleh yang demikian , kurikulum kebangsaan memudahkan perancangan dilaksanakan dengan berkesan.
Pengurusan
pengurusan merupakan cara sesuatu perkara itu dikawal. Walaupun perkara sebegini menimbulkan karenah birokrasi namun kurikulum kebangsaan memudahkan pengurusannya yang berkesan.
Pemantauan
Pemantauan ialah pemerhatian terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, Jemaah Naziran,Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pembangunan kurikulum memainkan peranan bagi mempastikan pemantauan kurikulum dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan matlamatnya tercapai.
Peruntukan
Peruntukan ialah pembahagian khas sesuatu bagi pihak yang memerlunya sama ada wang atau barang. Oleh itu, sektor pendidikan memerlukan pembiayaan yang tinggi untuk urusan perancangan. Pelaksanaan dan penilaian kurikulumnya. Peruntukan ini membolehkan untuk memenuhi prasarana, kemudahan alatan pembelajaran, sumber tenaga dan beberapa lagi. Oleh itu, pengendalian kurikulum kebangsaan membolehkan agihan peruntukan dilakukan secara yang adil kepada semua sekolah di Negara.
Kurikulum standard mengandungi beberapa perkara seperti di atas. Oleh itu, perkara-perkara ini telah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum. Hasrat falsafah kebangsaan menerusi kurikulum terbahagi kepada tiga peringkat. Antaranya ialah, peringkat prasekolah kebangsaan (KSPK), peringkat sekolah rendah (KSSR) dan sekolah menengah (KSSM).
Kurikulum standard kebangsaan ke arah hasrat menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan. Oleh itu, bagi menterjemahkan hasrat ini ,pihak kerajaan telah mengagihkan perkara ini kepada tiga bentuk sepertimana di atas. Oleh itu, kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan merupakan salah satu komponen bagi menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum. Komponen ini merupakan perkara awal dalam menterjemahkan hasrat FPK. Oleh itu, kurikulum standard prasekolah ialah pendidikan awal bagi kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak ini merupakan pembelajaran awal bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mempelajari tentang kemahiran asas. Oleh itu, kurikulum standard kebangsaan telah beroperasi sebagai reka bentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Kandungan pembelajaran dalam kurikulum standard ialah pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak seperti mengajar kanak-kanak untuk menguasai amalan 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. Kaedah pembelajaran telah dilakukan dalam kaedah permainan supaya kanak-kanak tidak berasa tertekan pada usia ini. Justeru, pembelajaran seperti permainan membolehkan pelajar untuk senang memahami pelajaran. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak menguasai ilmu asas,menjadi warganegara patriotik, bahasa melayu dan bahasa Inggeris dicakap dengan lancar, mengamalkan nilai-nilai murni serta mempunyai pengetahuan asas. Oleh itu, kurikulum standard kebangsaan telah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum.
Selain daripada peringkat prasekolah kanak-kanak, peringkat kedua ialah peringkat sekolah rendah (KSSR). Pada peringkat persekolahan ini para kanak akan menyambungkan pembelajaran mereka di peringkat sekolah yang diajar oleg guru-guru dan mempunyai sistem pembelajaran secara sistematik. Pada peringkat persekolahan ini, kanak-kanak berusia 7-12 tahun diwajibkan menjalani aktiviti pembelajaran bermula tahun 2011. Selain itu, kanak-kanak tidak perlu menduduki peperiksaan dari tahap 1-3 manakala pada tahap 6,semua pelajar sekolah rendah diwajibkan untuk menduduki peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Keputusan pelajar akan menentukan tentang aliran mana yang sesuai bagi pelajar pada peringkat menengah sama ada RIMUP atau tingkatan 1. Pada akhir pembelajarn peringkat sekolah rendah, para pelajar telah menguasai kemahiran asas 4M , menjadi generasi cemerlang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Dengan ini kurikulum standard kebangsaan telah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan .
Peringkat ketiga dalam menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan ialah, kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Pendidikan peringkat ini dijalankan dilancarkan secara dua peringkat iaitu peringkat rendah dan peringkat menengah. Pada peringkat rendah pelajar akan menjalankan pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pada tahap tingkatan 3 semua pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan awam iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Para pelajar wajib menduduki peperiksaan ini kerana keputusan peperiksaan ini akan memutuskan tentang aliran sesuai bagi pelajar sama ada aliran sains, akauns , kesenian,perabot atau masakan. Selain itu, pada tingkatan 4 hingga tingkatan 5, para pelajar akan mempelajari dalam aliran yang berbeza. Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat menengah atas. Pada peringkat tingkatan 5, pelajar tingkatan 5 wajib menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Oleh itu, keputusan SPM akan menentukan bahawa pelajar itu layak menyambung pelajaran atau tidak. Pada akhir pembelajaran tingkatan 5, pelajar telah mempertingkatkan lagi perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi,jasmani dan sahsiah kea rah pembangunan insan secara seimbang dan harmoni. Oleh itu, kurikulum standard kebangsaan kea rah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum.
Konklusinya, kurikulum standard kebangsaan ke arah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum. Oleh itu, peringkat-peringkat persekolahan merupakan penterjemahan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum.
Ulasan
Catat Ulasan